Entry: // Susah tu jadi lelaki.... Friday, April 30, 2004
betapa beratnya menjadi
seorang lelaki,
diantaranya adalah seperti berikut:-
1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri
apabila
sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.
2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri,
dosa
isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki
yang belum baligh.
BERATKAN !
3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-
jawab
keatas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-
jawabnya maka
dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala
dapat
kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggong oleh suaminya.
BERATKAN !
4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib
tapi
isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya pe ndapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri
tanpa
izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami
perlu
tanggong. Kalau nak di
bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya
sepert
gunung dengan semut.
Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang
perempuan
lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat
dengan
beratnya dosa-dosa yang
ditanggong.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugrah
oelh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah
kira-kiranya. Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga
berbanding
lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya
apabila
mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung
dan
melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan
isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah
haid
dan nifas yg tak ada
pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda
yg mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg
tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah
sepah
bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat
kpd
suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka
kurang
dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak
perlu
diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya utk
menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu
bersusah
payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh
segala haiwan,
malaikat dan seluru h makhluk ALLAH di mukabumi
ini,
dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya
dan
saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak
lelakinya
dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui
mana mana pintu Syurga yg
disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5
waktu,
puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.
(betulkan jika saya
tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi
berperang
fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senja ta. MasyaALLAH... sayangnya
ALLAH pada
wanita .... kan?